1.http://www.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG
SINOPSIS
Faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Manakala faktor jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor kebolehcubaan adalah faktor utama penolakan, maka adalah wajar untuk mengadakan perancangan yang lebih teliti dan mencari jalan yang berkesan demi meningkatkan tahap keramahan penggunaan komputer dalam kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan disesuaikan mengikut keperluan individu yang berbeza. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan generasi yang celik komputer. Ini bagi melahirkan generasi yang akan datang tidak kekok dengan perkembangan teknologi yang berlaku saban hari secara berterusan.
Selamat Datang DPYIK kohort 3
13 years ago
2 comments:
Assalamualaikum...pada pendapat saya penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan.Di samping melahirkan pelajar yang celik it dapat juga menolong para guru dan pelajar untuk mendapat maklumat tambahan. Malahan proses pembelajaran berpandukan ict bagitu menarik dan tidak membosankan.Para guru juga dapat melatih diri mereka untuk lebih mahir lagi dalam penggunaan komputer.
ass'kum,
pada pendapat saya penggunaan komputer atau ICT dalam proses pengajaran dan pembelajran kita seharian dapat meningkatkan produktiviti dan motivasi di dalam kelas.Ia perlu diterapkan kepada semua guru agar dapat meningkatkan lagi pembelajaran setiap matapelajaran dan lebih kreatif agar dapat menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Selain itu, penggunaan komputer dalam pembelajaran dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik ICT seiring dengan pembangunan negara.
Post a Comment