Monday, January 18, 2010

Artikel 1

http://hidayatinur.files.wordpress.com/2009/03/penggunaan-komputer-dlm-belajar5.pdf

KE ARAH AMALAN PENGAJARAN GURU YANG BERKESAN:PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN ATAU BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI GURU.

SINOPSIS
Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point,internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . Kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan dikalangan pelajar. Para guru yang dapatmengaplikasikan kemudahan ini ( teknologi jalur lebar )akan dapat memperkenalkan pelajar-pelajarnya menerokai maklumat-maklumat terkini yand dapat diterapkan dalam isi pelajaran yang ingin disampaikan.Kesimpulannya, kemajuan teknologi komputer pada era kini sebagai wahana proses P&P dapatmempertingkatkan dan memperkembang proses pengajaran yang berkesan ke arah membentuk generasi celik minda dan penguasaan terhadap kandungan pelajaran.

6 comments:

azizawati said...

askum,
pada pendapat saya keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Bagi meningkatkan usaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan
kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat
pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Walaupun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran.

asima said...

Assalamualaikum warahmatullah
Saya setuju dengan azizawati.Pada pendapat saya, keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran diri-sendiri dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Contoh analogi guru bagi tu amat penting.

Komputer hanyalah satu alat yang mana memerlukan penguasaan guru. Jika guru tidak pandai menerangkan ilmu, guna lah alat teknologi canggih mana pun , pelajar takkan faham. Kalau pun pelajar faham tapi tak boleh berfikir untuk jawab soalan atau sesuatu perkara menggunakan ilmu yang dipelajari pun tak guna juga. Pembelajaran tidak berlaku. Jadi berkesan ke P&P macam tu? Mungkin kesan pada pelajar bila guna komputer ialah pelajar seronok dan timbul minat.

IRMANIZA IBRAHIM said...

Assalamualaikum..
Saya amat bersetuju dengan pendapat penulis artikel tersebut yang mengatakan bahawa guru tidak seharusnya bergantung kepada kemudahan teknologi semata-mata. Kreativiti guru adalah elemen yang paling penting dalam menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik. Memang diakui bahawa ict berperanan penting dalam p&p terutama pada zaman yang serba canggih ini. Tetapi tidak semua sekolah mempunyai kemudahan tersebut. Kemungkinan p&p berbantukan komputer hanya berkesan di sekolah di kawasan bandar, tetapi mustahil dapat diimplementasikan di sekolah luar bandar. Jadi untuk mengelakkan kekangan yang mungkin dihadapi sekiranya kita hanya begantung kepada komputer dan ict, guru seharusnya menggunakan kreativiti tersendiri agar dapat memupuk minat pelajar terhadap topik yang diajar dan mencipta suatu keadaan yang menyeronokkan di dalam kelas.

Aniz Rafiza binti Zakaria said...

Assalamualaikum...
saya sgt bersetuju bahawa ICT mempunyai peranan yang sgt besar dalam proses P&P pada masa kini.Dgn penggunaan ICT proses P&P menjadi lebih menarik dan berkesan.Guru dan juga pelajar mestilah bersedia untuk menerima perubahan ini.Walau/manapun tidak semua sekolah mampu menyediakan kemudahan ini.Oleh itu kreativiti gurulah yg diperlukan bagi menggantikan kemudahan ICT ini.

Mohd Fikry 202168 said...

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN...
saya sentiasa terfikir idea untuk menggunakan ICT dalam kelas ini, antaranya tayangan animasi berkenaan subjek (Sains), simulasi yang boleh dipaparkan berkenaan topik tertentu dan penggunaan Internet sebagai sumber transformasi ilmu kepada pelajar2. Memang tidak dinafikan kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses pnp akan tetapi meningkatkn lgi minat pelajar untuk meneroka ilmu dan maklumat atas inisiatif dan idea mereka sendiri.

niknorma said...

assalamualaikum

memang tidak dinafikan lagi bahawa kepakaran guru dalam mengendalikan komputer adalah sangat penting bagi mempastikan matlamat dan objektif pembelajaran berjaya dan berkesan. kemahiran tersebut akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokan. seterusnya ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar. sebaliknya, kekurangan kepakaran hanya akan merosakkan lagi minat pelajar untuk belajar.

Post a Comment