http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
SINOPSIS
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yangdianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Namun,penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya,penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dengan diberikan kursus komputer berkaitan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaiandengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputerdalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatianpelajar.Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positifdengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputerdapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan olehSaad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menuliskarangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputermeliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yangsering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainyaboleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehanguru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuaidigunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan danpersediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasaikemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepadapenggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalampengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lainjuga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004)Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandanganumum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupundemikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaankemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupayameningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspeklatihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengankeperluan semasa perlu diberikan perhatian.
Selamat Datang DPYIK kohort 3
13 years ago
2 comments:
askm...
pada pendapat saya ada relevannya penggunaan komputer dalam P&P. hal ini kerana, senario hari ini melihat bahawa 90% pelajar sekolah begitu cenderung dalam penggunaan komputer.
oleh itu, tidak perlu merasakan bahawa penggunaan komputer dalam P&P sebagai satu perkara baharu atau bebanan. sepatutnya dari awal lagi pihak kementerian meletakkan satu garis panduan bagi guru-guru untuk menggunakan komper dalam P&P.
seperti yang kita tahu bahawa pelajar sekolah hari ini lebih kehadapan dalam penggunaan komper, ada dalam kalangan pelajar sekolah sudah mampu mencipta sofware sendiri walaupun tidak memasuki ITP .
jadi adalah wajar guru menggunakan komputer pada alaf yang serba canggih ini. walau pun guru bm tidak sehebat guru ICT, tetapi sekurang-kurangnya mereka perlu mencuba sebelum memberi alasan.
salam...
Penggunaan ict / komputer dalam mata pelajaran bahasa melayu dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Hal ini kerana, terdapat pelbagai maklumat dalam ict yang boleh diguna pakai dalam proses P&P. oleh itu, guru harus mahir dalam proses pengendalian penggunaan komputer dan harus membuat persediaan dengan mencari maklumat sebelum mengajar supaya pengajaran kita lebib berkesan.
Post a Comment